MZ Creative Station

MZ Creative Station
Advertising, Premium &Corporate Gift, T-Shirt Printing & Embroidery, Frame Calligraphy, Wallsticker and etc....

Tuesday, January 11, 2011

PENGENALAN MZ CREATIVE STATION



MZ Creative Station telah didaftarkan pada 08 Mei 2007 dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Perniagaan ini diusahakan oleh kami berdua suami isteri. Perkhidmatan yang di tawarkan termasuk printing, photocopy, mereka label, sticker, menu, poster, kain rentang, bunting, backdrop dan kad bisnes . Di samping itu, kami turut menyediakan beg, tuala, topi, jaket, pakaian seragam, t-shirt, alatulis, dan cenderamata.

MZ Creative Station mempunyai sistem pengurusan yang sistematik yang di terajui oleh kami suami isteri. Semua suara akan dipertimbangkan tanpa mengira pangkat seseorang. Selain daripada pengurusan yang sistematik, kedudukan premis juga menjadi tunjang kepada kekuatan perniagaan ini. Lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan, sekolah - sekolah,di kawasan Kolej Legenda dan di tegah pusat nadi perniagaan membantu meningkatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Suasana dalaman kedai yang kemas, menarik, dan eksklusif dapat menarik pelanggan dan dapat memberi  imej yang baik serta mendapatkan kepercayaan daripada para pelanggan.

Sasaran pasaran adalah difokuskan kepada  pelajar-pelajar yang ingin membuat tempahan cenderamata, t-shirt dan lain-lain. Selain daripada itu, untuk mana -mana organisasi yang baru ditubuhkan dan yang ingin mengembangkan  perniagaan mereka dari segi promosi. Kami akan membantu mempromosikan syarikat tersebut melalui beberapa strategi. Sebagai contoh, mencetak flyers bagi menyebarkan maklumat syarikat tersebut. Selain itu, signboard yang menarik serta kain rentang juga akan di reka khas untuk di paparkan di hadapan kedai tersebut.

Kami juga mensasarkan pasaran kepada badan - badan kerajaan dan institusi pengajian tinggi swasta mahupun awam dengan harga yang berpatutan dan kualiti produk serta perkhidmatan yang sebaik mugkin.

No comments:

Post a Comment